-->

Laman Utama

1 minute read
Blog SK Bukit Balai,Lenggong..

Assalamualaikum w.b.k.. Selamat datang ke blog Sekolah Kebangsaan Bukit Balai, Lenggong,Perak.Seperti yang anda semua tahu,sekolah ini adalah antara sekolah yang terawal di Lenggong.Sekolah ini pada dahulunya dikenali sebagai Government English School yang terletak dihadapan Balai Polis Lenggong.Sekolah ini adalah sebuah sekolah luar bandar terletak di pekan kecil Lenggong Perak. Murid-murid sekolah ini datang dari kampung-kampung dan rancangan perumahan yang berhampiran seperti Kampung Sira, Kampung Bukit Senyum, Kampung Bukit Raja, Kampung Chain, Kampung Kampung Sri Adika Raja, Kampung Banggol Belimbing, Kampung Gelok, Kampung Sumpitan dan Kampung Gua Badak.Hubungan sekolah ini dengan komuniti setempat serta agensi luar sangat erat dan mendapat kerjasama yang membanggakan.             

Pengasas sekolah ini ialah Dato’ Ahmad Bin Said Menteri Besar Perak tahun 1957 hingga 1971. Ditubuhkan dalam tahun 1951 dengan nama Goverment English School, Lenggong dan kemudian ditukar dengan nama Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Lenggong. Pada 4 November 1980 nama sekolah ini ditukarkan sekali lagi dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balai, Lenggong dan sekarang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Bukit Balai, Lenggong.


Senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini adalah :

1952            *EN. B. A GOMEZ
1952 - 1956 *EN. ARTHUR MUTTIAH
1957 - 1951 *EN. CHINGAR SINGH
1961 - 1965 *EN. A. ARUMUGASAMY
1966 - 1976 *EN. MOKHTAR BIN HJ. SALLEH
1977 - 1978 *EN. ABDUL HALIM BIN MOHD RASHID
1978 - 1981 *EN. ABDUL LATIF BIN KADIR
1981 - 1986 *EN ZAKARIA BIN MD ISA
1986 - 1987 *EN. MOHAMAD ALIAS BIN MAT JAIS
1987 - 1999 *TN. HJ. HASSAN BIN ABDUL HAMID
1999 - 2001 *TN. HJ. WAN RASHDI BIN WAN AHMAD
2001 - 2003 *EN. AB. RAHAMAN BIN AHAMAD
2003 - 2004 *PN. ZUBAIDAH BT HARUN
2004 - 2013 *EN. MOKHTAR BIN MOHD ISA
2014            *PN. NORHASIMAH BINTI OTHMAN

Techy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ART
Techy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ART