-->

Kenyataan Media KPM: Pemakluman Mengenai Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bagi Murid Kelas Peperiksaan di Negeri yang Beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara





KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PEMAKLUMAN MENGENAI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MURID KELAS PEPERIKSAAN DI NEGERI YANG BERALIH KE FASA 2 PELAN PEMULIHAN NEGARA


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk pengumuman YB Menteri Kanan Pertahanan pada 3 Julai 2021 berkaitan peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang berkuat kuasa mulai 5 Julai 2021.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi Fasa 2 PPN, sekolah dibenarkan beroperasi untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka, tetapi terhad kepada murid kelas peperiksaan sahaja. MKN juga memberi kebenaran pergerakan rentas negeri dan daerah bagi guru dan murid kelas peperiksaan yang terlibat sekiranya sekolah dibuka.

Walau bagaimanapun, KPM ingin memaklumkan bahawa Takwim Persekolahan KPM tahun 2021 adalah kekal seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan dalam sidang media pada 6 Jun 2021. Ini bermakna, sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi murid kelas peperiksaan di negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan terus dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga cuti pertengahan penggal yang akan bermula pada 16 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan A dan 17 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan B.

Pemakluman lanjut mengenai pengoperasian sekolah bagi sesi persekolahan penggal berikutnya yang dijadualkan pada 25 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan A dan 26 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan B akan dibuat oleh KPM sekurang-kurangnya seminggu sebelum penggal persekolahan tersebut bermula.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

-TAMAT-



KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

4 JULAI 2021

Techy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ART
Techy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ARTTechy Pranav PKD ART